A
profile of the Entrepreneur and the business
Usahawan bagi Vida Beauty adalah Dato' Dr.
Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai, Dato' Dr.Vida sememangnya
seorang yang tidak asing lagi namanya disekitar Perak ini kerana Beliau telah
dikenali dengan penghasilan & kualiti produknya yang kian tersohor di tanah
air kita. Beliau adalah anak kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam
dunia perniagaan ini hampir 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Penang.
Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat PHD jurusan Biologi di
Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya
dengan aliran Perniagaan ini, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah mengambil
keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau selaku guru dan beliau
telah berusaha dengan jayanya. Dengan usaha beraninya itu, beliau
telah berjaya membuka sebanyak 38 cawangan di sekitar Perak, Kuala Lumpur,
Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan.

Pengorbanan karier beliau telah mendatangkan hasil yang amat
berbaloi sehingga melayakkan beliau mendapat segala perancangan perniagaan yang
beliau aturkan. Dengan susunatur organisasi dan segala percaturan niaga yang
dibuat, beliau juga mengharapkan yang terbaik tak kira darisegi Pengguna,
Pekerja, Perniagaan dan Rakan kerja niaganya seperti puluhan Stokis, Pemborong
dan ratusan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei yang banyak
membantu beliau dalam perjalanan syarikat beliau sehingga kini.
Vida
Beauty merupakan sebuah syarikat
pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Produk-produk yang
dikeluarkan oleh Vida Beauty adalah setaraf dengan produk-produk keluaran lain
dipasaran malah produk Vida Beauty adalah yang terbaik. Ramai yang telah
mencuba produk-produk tersebut malah mereka juga berpuas hati dengan hasilnya..
Tidak hairanlah jika di
katakan produk keluaran VidaBeauty menjadi pilihan setiap orang. Kini akibat
permintaan yang ramai dari pelanggan
bagi setiap pelusuk negara, Vida
Beauty telah menambahkan beberapa cawangan
baru dan jumlah pengedarnya semakin
bertambah hari demi hari. Banyak testimoni dari pengguna-pengguna produk Vida
Beauty yang menunjukkan kepuashatian mereka terhadap keberkesanan produk Vida Beauty
yang telah mereka gunakan.
A brief introduction of how the
business started.
Vida Beauty telah ditubuhkan pada
01hb Disember 2006 secara kecil-kecilan dan telah bermula mengembangkan sayap
niaganya secara meluas pada 01hb Mei 2008. Vida Beauty telah memulakan sesuatu
yang menjadikan syarikatnya mempunyai imej dan pakaian seragam pekerja yang
melambangkan syarikatnya. Tema warna juga telah memainkan peranan penting dalam
usaha memperkenalkan atau memasarkan produk kepada pengguna. Dan dengan pendekatan
ini, hasil yang memberansangkan daripada galakan dan sokongan padu semua,
terutamanya organisasi syarikat Vida Beauty sendiri.
How the business gained
success etc
Dengan adanya perancangan yang teratur dan berkesan, Vida Beauty
telah berjaya mempunyai 38 cawangan di beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan,
Penang, Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur. Setakat ini, Vida Beauty
telah mempunyai seramai 120 orang tenaga pekerja yang berkelulusan dan berdaya
kental dalam membantu meningkatkan sasaran yang di aturkan oleh pihak
pengurusan syarikat.
Bagi syarikat Vida Beauty Pekerja Vida amat memberikan komitmen
yang jitu dalam mencapai matlamat yang telah di maklumkan oleh pihak pengurusan
Vida dari masa ke semasa demi menaikkan nama Vida Beauty dan seterusnya
mengembangkan lagi sayap niaga Kosmetik dan Kesihatan Vida Beauty ke taraf yang
Global dan International tak kira dari segi pengiklanan, pemasaran, perniagaan Alam
Maya mahupun Jualan secara promosi melalui persembahan program mengikut
perubahan yang positif Misi yang dicaturkan oleh Pengurusan Vida Beauty
sendiri.
Tanpa kekuatan yang jitu, segala yang dirancang dan diusahakan
tidak berhasil dengan jayanya sepertimana kekuatan organisasi, disamping
mengeluarkan produk yang berkualiti dan berkhasiat yang amat baik untuk semua
pengguna. Bagi Vida Beauty, tiada apa yang mustahil untuk dilaksanakan selain
daripada menjanjikan yang terbaik bagi setiap penghasilan produk yang telah di
lahir serta zahirkan.
Vida
beauty mempunyai banyak cawangan dan akan mengembangkan lagi sayap niaga
Kosmetik dan Kesihatan Vida Beauty ke taraf yang Global dan International tak
kira dari segi pengiklanan, pemasaran, perniagaan Alam Maya mahupun Jualan
secara promosi melalui persembahan program mengikut perubahan yang positif Misi
yang dicaturkan oleh Pengurusan Vida Beauty sendiri.
|
How did she get phylosophy doctorate without a master degree and in a very different field from education to biological research?
BalasPadamuni Charles Monarch,hungary salah satu uni yg mengeluarkan dgree palsu..boleh rujuk dlm surat khabar..dari dgree pendidikan,xda sarjana terus buat Biology Phd..ingat biologi phd tu belajar mcm pra sek ker?? mohon dr(kalau betul2 dr)tunjuk bukti tesis research phd beliau utk tatapan umum
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNok kencing ado Dr. agok-agoklah... degree pendidikan(USM) Phd Biologi (Hungary). Agok university mano hok gilo terimo tukar bidang dgn xdok master
BalasPadamsetuju.. mana blh tukar dari sastera ke sains pada peringkat PhD.
Padamsetuju.. mana blh tukar dari sastera ke sains pada peringkat PhD.
PadamNok kencing ado Dr. agok-agoklah... degree pendidikan(USM) Phd Biologi (Hungary). Agok university mano hok gilo terimo tukar bidang dgn xdok master
BalasPadamBiarla walau mcmne pun dia sudah berjaya Kay a raya .. dari ngutuk2 kat situ jugak..
BalasPadamnona.. bukan kita pertikai yg dia kaya.. alhamdulillah dia kaya tapi jgn dok membangangkan org lain.. media pun satu terima apa yg dia cakap.. asal kaya aje mereka betul.. asal menteri cakap semua betul..
BalasPadamdah berleluasa org guna pangkat palsu ni tapi yg herannya ada pulak yg terima dan tak kisah.Ini nak sebut ni...dalam Islam, cara ini salah dan berdosa...ini seperti mencuri dari orang kaya dan bagi org barang curi itu kepada orang miskin...nampak baik tapi disisi Allah, org ni masuk neraka..wallahu'alam
Padamnona.. bukan kita pertikai yg dia kaya.. alhamdulillah dia kaya tapi jgn dok membangangkan org lain.. media pun satu terima apa yg dia cakap.. asal kaya aje mereka betul.. asal menteri cakap semua betul..
BalasPadamTu lantak dia la phd palsu ke apa ke,... yang penting dia da berjaya, korg yg kutuk2 ni da berjaya sgt ke mcm dia..
BalasPadamBoleh jadikn ko Guinea Pig tgok keberkesanan produk dia. Entah ko ni tau tak kepentingan ilmu skrg, kalau dia buat produk tanpa ilmu mcam mana dia boleh dapat ingredients yg dia pkai skrg? That pHD is really weird?
PadamBerjaya lebih dari nilai phd.ada yg phd.tapi practical x ada
PadamBoleh juga phd dipertikaikan
Berjaya lebih dari nilai phd.ada yg phd.tapi practical x ada
PadamBoleh juga phd dipertikaikan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYes indeed the above mentioned university does not offer PH.D. In Biology programme. Please browse the Uni website. Anyway people succeed in their business is totally different thing but to claim to have something that they dont would eventually tarnish their reputation . Not all but to those who are educated.
BalasPadamAda phd ke tak ada.yg penting ada nilai dan kualiti
BalasPadamTapi kesian pade yang ade phd.. Ingat nak dapat phd macam upsr? Susah sgt.. Bermakan tahun..dia boleh dpr phd dengan duit.. Bukan usaha.. Kerane ade dr. Dia jadi terkenal.. Jgn pertikai org yang betul2 ade phd.. Susah senang jatuh bangun mencari ilmu adalaj jihad.. Ingat.. Jangan permainkan dengan ilmu..
BalasPadamjangan pertikai kan kejayaan dia . kalau salah cara dia Berjaya , itu antara dia dengan allah .
BalasPadam